Resepi Biskut Cornflakes Rangup

Assalamuaikum w.b.t dearies. Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk menaip. Today i'd like to share another recipes, from kak yati, biskut cornflakes  yang terlajak rangup n sedapp masyaAllah  (eh?).. Bahan  untuk buat cookies ni pun senang saja, budak2 pun boleh buat. Anggar kos beli ni dlm  RM20. Kalau bahan ni dh sedia ada kt rumah,  esp telur, tepung jagung, badam , ceri, no need to buy it anymore unless mmg betul2 x ada dah jimat dah situ.  Resipi ni sepatutnya kena letak badam (optional) jadi badam takda, saya je bahan yang ada kat rumah. Sedap pun sedapp! Tapi risau juga kalau letak badam nanti kang, ada yang allergic. Jadi, better tak perlu letak. Lebih sedap dan cukup rasa dgn kesedapan cornflakes tu. Sebelum buat biskut, baca bismillah dulu dan selawat banyak2 tau. Insya-Allah biskut akan menjadi lebih sedap. Okay,  so here you are :)


Biskut Crunchy Cornflakes

Bahan-bahan
250g mentega (sy guna brand Buttercup) 
180g gula kastor
2 sudu teh Esen Vanilla 
2 biji telur kuning
210g tepung jagung 
200g tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik 
160g cornflakes (dihancurkan)

Bahan untuk hiasan
50g badam (dicincang) - optional
Ceri berwarna-warni

Cara-caranya 

1. Pukul mentega + gula sehingga menjadi krim dan sebati. Gunakan mesin pengadun untuk dapatkan teksturnya yang rata. 

2. Kemudian, masukkan telur kuning + esen vanilla.

3. Masukkan tepung jagung, tepung, serbuk penaik secara perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan cornflakes yang dihancurkan dan badam yang dicincang tadi. For this, uli je sampai jadi doh tak payah kacau guna mesin pengadun lagi.

4. Bentukkan ia menjadi bola/leper, dan letakkan pada loyang, susun jarak2 sikit sebab nanti biskut tu akan mengembang. Hiasi biskut tadi dengan ceri berwarna-warni.

5. Bakar selama 20 minit pada suhu 150C. Atau kalau nak agak rangup2 dan keperangan sikit, bakar selama 22-25 minit.

#TIPS: kalau nak dapatkan biskut yang sedap, gunakan butter. Jangan guna marjerin, nanti biskut jadi tak sedap dan rasa lain. 










Resepi Kek Batik Homemade

Assalamualaikum. Sekian lama telah menyepi, akhirnya diri ini kembali untuk menulis semula hehe :p Alhamdulillah, hope everything goes well. Today, nak share resipi kek batik dgn korang. Kek batik ni lah paling senang nak buat tau. Resipi ni ambil dlm surat khabar xsilap, lama dah beberapa tahun yg lalu. Salin resepi ni and try buat kek batik kat rumah. Alhamdulillah, seperti yg dikatakan, mmg sedapp ya Allah! Okay, ini resepi dia. Harap dapat membantu korg yg tgh cari resepi kek batik yg sedap2 tu, pd sesiapa yg kek dia yg kurang menjadi...cuba try yg resepi yg ni pula. Mana tahu kot2 menjadi dari sebelum ni ke. Insya-Allah dijamin sedap seperti yg diinginkan..hehe. So, here we go!


Bahan-bahan:

1 cawan mentega (sy guna brand buttercup) 
1 cawan milo (nak lebih pekat, boleh letak 1 sudu lagi)
1 cawan serbuk koko (beli kat supermarket, no brand, sbb dh sedia pack)
1/2 cawan gula 
2 biji telur
1 cawan air
1 paket biskut Marie (sy guna brand Tiger, nanti jd kuat hehe)

Cara-caranya:

1) Pukul telur dan mentega sehingga kembang. Sy guna mesin whisk utk mendapatkan teksturnya yg sekata. 

2) Sementara menunggu mentega kembang, masak milo + serbuk koko + gula  + air sehingga gula hancur.

3) Kemudian, campurkan mentega yang sudah dipukul tadi ke dalam milo + serbuk koko yg telah dikacau dan biarkan masak seketika sampai menggelegak sikit.

4) Patahkan biskut marie kepada 2 @ 4 bahagian dan masukkan ke dalam kuali. Padamkan api dapur dan kacau sebati. 

5) Masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega. Tekan dan padatkan belakang sudu ke atas permukaan kek batik. Biarkan sejuk sekejap at least 4 jam. Semalaman nk sejukkan pun tak apa. Sedia untuk dihidangkan. 


Selamat mencuba! 

Note: *boleh letak serpihan kacang @ bars dan sebagainya sbg hiasan atas permukaan kek batik. Tak letak pun takpa. Sy lebih suka kekalkan kek batik yg original punya tanpa hiasan apa2 hehe. 




Perubahan (C.O.H)

Assalamualaikum wbt,




A change of heart does not mean a change of the past.

Untung kalau masa boeh diputar kembali untuk meletakkan diri pada tempat yang terbaik dalam setiap saat.
Semua orang ada kelemahan, semua orang ada masa kelam, semua orang ada masa silam.
Stigma dan prejudis itu benda biasa tetapi jangan biar ia beraja.

"Aku pun pernah jadi budak jahat, pernah jauh dengan Allah dan aku yakin berubah itu tak pernah salah.Allah sayang aku, Allah beri aku petunjuk setelah aku bergelumang dosa. Kalau aku menafikan hidayah Allah tu dengan mengikut stigma dalam hati manusia, betapa aku telah menjadi hamba yang kejam."
 -Kata hati-

Dulu aku tidak mampu membalas kasih-Mu, moga sekarang Engkau reda denganku. Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku dan kepada manusia-manusia di sekelilingku jalan yang lurus. Amin.

p/s: sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. rujuk video. :) 

Ujian hidup

(picture credit to: Ahmad Tarmezi)



 
Sometimes we think it's something to much to bear,
but, then we haven't yet reached there..

 
[2:214]


"Or you think that you will enter Paradise without such (trials) as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, "When (will come) the Help of Allah?" Yes! Certainly, the Help of Allah is near!" [Surah Al-Baqarah: 214]

Masih tak layak untuk dibicara kuat atau kita terlalu lemah untuk diuji sedemikian rupa? Semoga hidup dan cabaran yang menyertainya, mampu mengajar hikmah.


Inspired people

Sudah lama rasanya tidak ber'blog'ging dek kerana sibuk dgn kerja. Dah berhabuk kali agaknya blog ini huhu ^^. Okay, so here's the topic for tonight that I want to share with all of you.

Alhamdulillah, hari ini juga satu hari yang menarik. Allah telah temukan saya dengan pemuda-pemuda yang menginspirasikan. Masya-Allah. Kerdil sungguh rasanya.

Pertama, seorang pemuda yang suka membaca, mungkin tak ramai, namun yang lebih menginspirasikan saya adalah bahan bacaannya itu. Sungguh buku yang dibacanya benar-benar mampu menghantar hamba Allah ke ruang muhasabah. Buku itu bercerita perihal syurga. 

Sejujurnya kita, sebagai seorang hamba adakah kita merindu Rasulullah? Lantas rindu pada Rasulullah bukankah akan menjadikan kita rindukan syurga? Dan beliau, membaca buku tentang syurga untuk menambah rindu kepadanya. Sungguh rasa kerdil diri ini.

Kedua, seorang pemuda perindu syahid. Kagum pada beliau yang begitu merindu syahid dan bersedia menjadi mujahid. Lebih kerdil rasanya diri ini, sesungguhnya, kita ini, sejauh mana merindu syahid? Sejauh mana telah berusaha menjadi mujahid?

Ketiga, intipati perbualan ringkas dengan seorang uncle not-yet-muslim. Itu insyaAllah, ada masa, saya tuliskan semula.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Annur rasa kerdil, Annur kena rajin.
Walau hari ini agak memenatkan dan mengantuk, tapi saya harap saya lebih kuat. 

Semoga Allah membantu pemuda-pemuda yang saya temui di atas untuk menjadi pemuda syurga dan kita juga pun sebagai penghuni syurga. Semoga Allah terus memberi hidayah kepada kita dan kepada uncle yang telah saya temui.


A tree growing a heart

Assalamualaikum, everyone :) After so long not blogging for this time, what have you all been up to? Sihat ke semuanya? Hope everything is going well. Moga-moga. Insya-Allah.
I haven't been drawing and painting for quite sometime by now.

But,

there have been times when the vision is so clear that it's hard to deny. Since I've been thinking, this image is a quick summary of some of the boggling thoughts.

------------------------------------------------------------------------------------------------

A tree growing a heart, what's that?

------------------------------------------------------------------------------------------------
Hati merupakan tanah yang paling subur untuk disemai dengan apa-apa benih kebaikan mahupun kejahatan. Semaikan benih yang baik, semoga yang baik juga yang tumbuh. 

Bila yang tumbuh itu adalah pohon kebaikan, apa-apa unsur kejahatan adalah racun yang memberi kesan buruk kepada pohon tersebut. Maka jagalah hati.

Jaga pohon tersebut, supaya ia tumbuh, subur dan kuat, yang bila ada gempa bumi pun ia payah nak tercabut.

Gempa bumi tu umpamakan ia dengan ujian yang datang daripada pelbagai arah, contohnya, fitnah. Bila kita difitnah, jangan sampai pohon yang baik itu tercantas dek fitnah. Moral kita perlu berada pada tahap tertinggi.

dan pohon paling baik untuk kita semai di hati kita adalah kecintaan kepada Tuhan.


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Just please, before you have the gut to love a creature with all you've got, love the Creator first.

Loving the Creator never means that we can hate the creature and be mean to others. It's the love towards the Creator that drives us to goodness. Alright?


----------------------------------------------------------------------------------------------------
Tanamlah pohon yang terbaik di lapangan hati kita.
Set the course and sail your way .

Brace yourself.
Tabarakallah.


Pohon hati

Fasal cinta yang lebih utama


♥♥

Assalamualaikum w.b.t., 

Benar, cinta boleh menjadi perkara yang penting dalam hidup insani. Namun begitu, adakah cinta yang kita taburkan itu mengikut lunas-lunas yang haq?

Teliti kalamullah di bawah:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya." (Surah Ali' Imran 3: 14-15)

Lihat, dunia memang dijadikan indah buat insan, namun, masih ada keindahan yang lebih baik buat kita iaitu syurga yang telah Allah janjikan.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (Surah At-Taubah 9: 24)

Manakala, ayat yang kedua ini pula menerangkan balasan Allah (azab seksa) yang dijanjikan akibat kecintaan duniawi itu melebihi kecintaan kepada Allah. 

Maka, fikir-fikirkanlah....

Kita mempunyai pilihan untuk mencintai mana-mana yang kita suka, namun, Allah telah menerangkan dengan jelas dalam firman-firman-Nya tentang cinta yang lebih baik, yang lebih patut kita utamakan. Maka, buatlah pilihan yang terbaik, agar kesejahteraan ukhrawi itu menjadi milik kita semua. Insya-Allah :)

Gadaikan dunia untuk kebaikan berganda di akhirat. :) Teruskan berusaha untuk menjadi ummat cemerlang.