Fasal cinta yang lebih utama


♥♥

Assalamualaikum w.b.t., 

Benar, cinta boleh menjadi perkara yang penting dalam hidup insani. Namun begitu, adakah cinta yang kita taburkan itu mengikut lunas-lunas yang haq?

Teliti kalamullah di bawah:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya." (Surah Ali' Imran 3: 14-15)

Lihat, dunia memang dijadikan indah buat insan, namun, masih ada keindahan yang lebih baik buat kita iaitu syurga yang telah Allah janjikan.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (Surah At-Taubah 9: 24)

Manakala, ayat yang kedua ini pula menerangkan balasan Allah (azab seksa) yang dijanjikan akibat kecintaan duniawi itu melebihi kecintaan kepada Allah. 

Maka, fikir-fikirkanlah....

Kita mempunyai pilihan untuk mencintai mana-mana yang kita suka, namun, Allah telah menerangkan dengan jelas dalam firman-firman-Nya tentang cinta yang lebih baik, yang lebih patut kita utamakan. Maka, buatlah pilihan yang terbaik, agar kesejahteraan ukhrawi itu menjadi milik kita semua. Insya-Allah :)

Gadaikan dunia untuk kebaikan berganda di akhirat. :) Teruskan berusaha untuk menjadi ummat cemerlang.

Sahabat sehingga Syurga

Ukhuwwah fillah ♥

Saling menguatkan even in difficult times

Biji-biji tasbih dipegang kejap di tangan kanan. Mata dihala ke hadapan, sekejap-sekejap menjeling ke jam tangan. 
Tasbih, tahmid, tahlil dan takbir menghiasi bibir sementara menanti sahabat yang seorang tu bersiap. 

Ruang kosong bergema dengan kalimah tersebut. Terasa kerdil dirinya.
"Barang-barang semua dah ada?" Sahabat yang seorang itu bertanya tiba-tiba. 
"Quran tafsir. Checked. Terjemahan. Checked. Khemah. Checked. Tikar. Checked. Bekalan. Checked."
"Good ." Sengih terpampang di wajah sahabat.
"Apa yang good nya? Kau lambat aku dah siapkan semua. Kurang-kurang dapat pahala extra." Double jerk dipersembahkan sambil bergerak ke muka pintu.
"Sungguhlah kau, tak aci."

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua orang dah ada. Khemah dah siap. Tikar dibentang atas rumput hijau. Semua mengambil tempat masing-masing. Lutut bertemu lutut. Al-Quran dibuka. Tadarus bermula. Kalamullah bergema. Tajwid diperbetul penuh adab. 

"Alhamdulillah, dah sudah." Redza menyapu wajah dengan telapak tangan kiri. 
"Aik, kau tak nak tadabbur ke?" Farouq pelik.
"Uih, mana boleh. Tak lengkaplah."  manjawab pula. Fauzan memerhati wajah Redza yang tersenyum.
"Kau dah hafal ayat yang nak ditadabbur lah tu kan?" Retorik bunyi soalan Fauzan.
Senyum menjadi sengih. Redza angguk. Hamdalah meniti bibir. Sahabat-sahabat lain pun sama mengulang hamdalah dengan azam dalam diri. 

"Semalam tejumpa ayat best, Alhamdulillah. Sesuailah dengan apa yang dah jadi haritu. Insya-Allah, hari ni, Fussilat, 33-36."

Semua membelek al-Quran terjemahan masing-masing melihat terjemahan ayat sambil mendengar apa yang dikata Redza. 

"Kalau tengok balik ayat ni dengan apa yang dah jadi haritu. Memang agak kontra apa yang kita patut buat dengan apa yang kita dah buat. Tapi manusia memang tak perfect  maka salah kita tu memang biasa. Tapi kebiasaan kita tu, jom kita jadikan keluarbiasaan. Malam ni Insya-Allah kita solat taubat lepas tarawih. Insya-Allah. Dan bila dah balik nanti kita betulkan apa yang perlu. Tu je lah aku rasa. Alhamdulillah." Redza menamatkan pengisiannya.

"Solat taubat tu, Insya-Allah. Tapi part minta maaf tu, rasanya dia yang lagi perlu minta maaf dekat kita je." Hafiz meluahkan keberatan.

"Aku pun rasa camtu." Farouq menyokong.

"Tapi aku rasa cadangan Redza tu betul jugak. Walaupun dia salah pasal dia mencabul hak kita, tapi kita punya response tu bukan the best response yang kita patut bagi. So, macam mana Redza?"Fauzan memberi pendapat. Hafiz dan Farouq mengangguk mengiyakan.

"Betullah tu apa yang kau cakap Ahmad. Macam ni lah, dia buat salah. Kita marah dia. Kita condemn dia. Kita perli dia. Kita buat ayat-ayat sarkastik kita tu nak sindir dia. Walaupun aku sendiri buat benda tu, aku pun rasa jugak yang benda tu bukan penyelesaian yang terbaik. Aku rasa memang kita patut draw the line. Bagi dia kita punya had. Outline dengan penegasan yang kita tak suka benda tu. Tapi bukan dengan ayat bernada marah. Cukup dengan aura serius."

"Hmm, betul jugak. Insya-Allah, try. Indeed aku rasa okay dah dengan penjelasan kau tu." Hafiz menjawab
"Betul, lagipun, kita bukan nak bergaduh ke apa ke. Cuma kita rasa geram jugaklah sekali kena macam tu. Dan bila kau bagi cadangan tu, I can see the holes in our modus operandi." Farouq memberikan pandangan.
"Bagus kau Farouq. Cepat pandai. Siap keluar bahasa Law lagi tu." Fauzan mengusik.
"Saja je eh kau." Farouq menepuk belakang Fauzan. 

"Dah-dah lah tu, lagi setengah jam nak berbuka ni. Jom siap-siap" Hafiz menegur sambil tersenyum melihat kemesraan yang terjalin.
"Tengok, exco disiplin dah bising." Redza sengih.
"Aiyo, kau. Exco disiplin ye aku ni?" Hafiz bertanya dengan sengih.
Farouq dan Fauzan dah pecah ketawa.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Azan maghrib berkumandang. Doa dibaca mohon redha dan rahmat Allah. Kurma dan air menjadi pembuka selera. Selepas maghrib barulah juadah utama dihidang penuh sederhana atas tikar. Juadah berbuka memang "mewah" hari itu. Semua pandai memasak. Memang satu anugerah hebat. Alhamdulillah. 

Lepas makan, Al-quran ditatap lagi dengan penuh kasih sayang. Kemudian, Isyak, terawih, solat taubat dan witir berjemaah. Setelah itu mereka berkongsi cerita. Mereka belajar di institusi lain-lain. Ada yang terbang entah ke mana, ada yang masih berada di tanah air tercinta. Macam-macam pengalaman sepanjang kehidupan. Maka semua ibarat penglipur lara mempersembahkan cerita tentang kisah kehidupan tersendiri. Macam-macam ibrah dapat. 
 
Sebelum tidur, mereka berbaring atas tikar berkongsi cerita. Slot bedtime story yang tidak dirancang. Tapi memanglah, bila dah jumpa dengan sahabat-sahabat macam ni, memang kalau boleh 24/7 nak bersama-sama.

Dalam slot itu jugalah rahsia Redza terbongkar. Redza memang tak lama lagi dah nak menamatkan zaman bujang. Semua sedih pasal memang susahlah mereka nak sama-sama bila mana ada antara mereka yang nak membina rumah bertangga. Tapi semua orang mendoakan yang terbaik untuk sahabat tercinta. Redza pujuk dengan surah Hujurat ayat 10.

"Saudara seakidah. Insya-Allah bersaudara sampai syurga. Insya-Allah." Redza menghabiskan ayat.
"Redza, kau suka buat orang lain terharu. Nasib mata kental, tak keluar air mata." Hafiz menjawab
"Kau ni, tak payahlah nak nangis pasal aku. Nangis taubat tak pe jugak." Redza menjawab balik.
"Snap." Fauzan dan Farouq sama berkata dengan sendu di hujung kata-kata
"Apalah korang ni. Tak payah terharu sangat. Kan brothers sampai syurga" Redza menggeleng perlahan
"Insya-Allah" Ketiga-tiga sahabat menyahut.
"Melangkau batasan kehidupan. Mati pun tak kisah." Redza menyambung.
"Muluttt!" Ketiga-tiga kawannya geram. 

Malam itu, mereka tertidur beratapkan langit tanpa sedar. Bersama-sama dalam kemanisan ukhuwah fillah.

Keesokan pagi, mereka bangun awal, qiamullail, sahur dan subuh. Setelah subuh, dakapan perpisahan diunjukkan. Doa dibaca moga persahabatan terus kekal abadi ke syurga.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa hari berlalu setelah impromptu gathering mereka, tenang dan damai sebuah ukhuwwah masih segar terasa. Dia berteleku sendiri di atas sofa setelah selesai tilawah al-Quran dua juzu'. Fikirannya kembali mengingat perbualan bedtime story bersama-sama sahabat-sahabat tercinta sambil bayu subuh dari arah sawah hijau lembut membelai sementara azan subuh belum berkumandang.

Nada dering telefon membawa sedar menjenguk minda. Nombor Redza terpampang pada skrin. Panggilan segera diangkat. Suara Rifqi, adik redza menusuk telinga. 

"Abang Fauzan, abang Redza dah tak ada." 

Dia terkedu. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Entah apa lagi Rifqi sampaikan, telinganya bagaikan tidak mampu mendengar.
Teringat pada gathering mereka. Teringat pada bedtime story. Teringat ada gurauan Redza. Panggilan ditamatkan. Dia terus bergegas ke rumah sahabat tercinta.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Redza meninggal dalam sujud pagi Ramadhan. Wajah jasah Redza tenang. Fauzan, Farouq dan Hafiz bersama-sama menghadirkan diri ke rumah arwah Redza untuk bersama keluarga terdekat Redza dalam menghadapi kehilangan permata ummah. 

Duka memang tak tertahan, tangis tak mampu dibendung. Dalam redha ada sedih, dalam sedih ada rindu walaupun arwah baru sahaja meninggalkan mereka untuk menjadi pewaris perjuangannya. 

Dalam dada mereka semua, kata-kata berbisik,
"Insya-Allah, kita bersahabat sampai ke syurga."

 "Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." ( Fussilat ayat 33-6)

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (al-Hujurat ayat 10)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ternukil di hujung jari, terasa sampai ke puncak hati;
Buat semua sahabat.

regards,
Annur Irah.
 
Inspirasi; sebuah kehilangan dan kerinduan yang menghantui jiwa.

p/s: Sahabat sampai ke syurga? Insya-Allah, dengan izin-Nya, semoga ditautkan hati-hati kita :)

Clashes of the mind - Cantik

(gambar hanya sekadar hiasan)



Cantik melihat, 
cantik dilihat,
tangan melakar gambaran keindahan.
Cantik, hadiah buat yang terindah.

-------------------------------------------------------------

Cermin dihadapan ditatapnya tekun. Mata meneliti pantulan wajah. Sambil tangan dilarikan diatas kulit wajahnya. Tak rata.Jari cepat sahaja mahu mengusir ketidakrataan pada wajah.

"Kau buat apa tu?" Teman yang masuk ke bilik tak dihirau. Temannya memandang pelik lalu menyambung "Eiii, kau janganlah buat macam tu, nanti parut. Kurang cantiklah."
 
Rakannya dipandang, "Gaya macam aku kisah aku cantik ke tak, yang penting tangan aku rasa rata je." Dia menjawab dengan gaya selambanya.

"Nanti tak ada orang nak baru tau." Kawannya mengusik.

 "Tak kisah pun, Uyun." Dia buat muka.

"Lawaklah kau ni dan extraordinary juge.Tapi serius ke tak kisah Dhia?" Uyun membalas dengan gurauan sambil mengambil tempat di atas katil.
 
Dhia berpaling, menghentikan rutin pemeriksaan wajahnya. Kaki diatur ke katil Uyun. Bersila disebelah teman sebiliknya yang seorang tu.

"Kalau kau, kau kisah?" Dhia menghulur kembali pertanyaan. 

"Eiii, dia ni, orang tanya dia, dia tanya balik. Mestilah kisah. Mama aku kata kena kisah juga. Dah tu kau?"
 
"Aku tak kisah, walaupun mak aku suruh jaga. Bagi aku asalkan rata je. Kan dah hobi tangan aku nak merayap kat muka bila bosan. Tak best lah bila rasa tak rata kan?" Jawapan diunjur dengan retorik tak bernada.

"Memanglah tak best tapi bila kutis sekali nanti berparut. Kan dah tak cantik tu." Uyun memuncungkan mulutnya dengan saki baki sebutan "U".

"Aku tak nak cantik lah. Cantik is the biggest liability for me." Perbualan ringkas malam minggu tentang cantik dinoktahkannya tanpa mempedulikan Uyun yang nyata berwajah keliru.

"What do you define cantik then?" Uyun menyoal. Dhia memandang dengan gelengan sambil beredar ke meja belajar. Matanya merayu untuk ditamatkan perbualan tersebut, semakn berkaca. Biarlah kisah lalu hanya menjadi rahsia perit merobek hati.

Uyun faham. Tiada siapa tahu masa lalu Dhia. Yang membuatnya prejudis dengan kecantikan, dalam hati dia memohon pada Tuhan agar suatu hari nanti Dhia akan mampu melepaskan beban masa lalu yang membelenggu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuti akhir tahun telah tiba. Lega sungguh. Sudah lama dia tidak berjumpa keluarga tercinta. Berbual dengan kembar-kembar kesayangannya, Emir dan Firuz.

"Alhamdulillah dah siap packing." Hamdalah bergema dalam bilik yang dihuni empat manusia itu.
 
"Dah siap dah Dhia? Bolehlah kut kita turun makan sekarang." Tihani si teman menyakat sambil mengajak Uyun dan Qisya turun makan.

"Mentang-mentang dia siap awal. Patutnya, tadi semua pergi je tinggal aku sorang." Dia menggumam.

"Eleh, nak merajuk muncung-muncung pulak. Mengada." Spontan Qisya mencubit pipi Dhia.
 
Perjalanan ke kafetaria diselang seli dengan senda gurau mereka. Bahagia mengalir segar melingkari ukhuwwah yang terbina. 

Sesampainya di kafetaria, Uyun dan Dhia menuju ke meja kosong sementara Tihani dan Qisya memesan makanan untuk mereka berempat di kaunter sebagaimana biasa. Kemudian, Tihani dan Qisya menuju ke meja tempat Uyun dan Dhia menanti. Perbualan yang terhenti bersambung semula.

"Hei, tak sangka malam last semester ni pun jumpa korang. Haish, malang sungguh rasa." Jasmin, merangkap musuh utama mereka tanpa sebab tiba-tiba menegur dengan nada mencari pasal. Sakit hati.

Empat pasang mata menjeling garang kearah si pemilik suara. Nafas ditarik, dalam, menenangkan hati yang diladeni amarah.

You better go away, Jasmin." Uyun berkata senada. Amarah dikawal dalam jiwa.

"Uuu, takutnyaaa." Dia berlalu dengan kata-kata menyakitkan jiwa.

Wajah teman berempat kembali tenang dengan nafas dilepas panjang. Apabila scene sebagaimana tadi berlaku, kebiasaannya hanya Uyun yang mampu diharapkan. Kalau tidak, huru-hara.

"Rugi je cantik. Perangai, hodoh." Qisya meluahkan amarah. Sememangnya Jasmin selalu mencari masalah dengan mereka. Entah apa sebabnya, mungkin disebabkan dia cemburu dengan status mereka sebagai orang yang mempunyai ramai teman dan selalu di look up.

Serentak itu juga, makanan yang dipesan sampai. Tangan menadah doa yang dibaca. Mohon berkat dan perlindungan daripada Pencipta alam raya. 

Selesai makan, langkah diatur kembali ke bilik. Sebagaimana semester sebelumnya, mereka meraikan malam terakhir mereka di kolej dengan perbualan panjang. Kata rakan karib, tak berbual panjang memang tak sah.

"Cuti ni nak buat apa eh?" Soalan Qisya lebih kepada monolog. 
"Bukan haritu kata mama kau suruh pergi spa selalu sebab risau anak dia dah gelap pasal main panas kan?" Uyun menolong jawab.
"Takkanlah 24/7 nak pergi spa je. Mau sakit jiwa aku." Qisya mencebik.
"Kan mama kau nak anak dia cantik macam fairytale princess, mama kau kata yang dia nak menantu spesis prince charming kan?." Tihani melepas gelak. 
"Tihani, kau ni cakap perlu ke sampai masuk bab menantu semua tu? Pasal cantik tak perlu berkait dengan benda tu pun, kan Dhia?" Qisya bertanya Dhia yang sekadar menjadi pemerhati dari tadi. Uyun teringat pada perbualannya dengan Dhia suatu masa lalu. 
Dhia hanya mengangguk senyap mengiyakan. Bilamana berdiskusi perihal ini. Hati terobek sendiri. Bahtera dendam yang ingin dikaramkan timbul kembali.
"Dhia, kau okay ke tak ni? Kena food poisoning ke? Ke kau makan banyak sangat tadi?" Tihani bertanya. Perasan temannya agak janggal malam itu.
"Mana ada, pasal cantik ni aku rasa pelik sikitlah untuk dibincangkan sebab cantik itu liabiliti, kau tahu?"
Hanya Uyun yang maintain muka biasa apabila kata-kata tersebut meluncur dari bibir Dhia.

Uyun yakin, Dhia telah bersedia untuk berkongsi pengalaman yang membuatnya prejudis terhadap kata adjektif yang satu itu. Mata Dhia tidak berkaca seperti dahulu, sebaliknya tenang.

"Cantik. Aku rasa cantik tu harmful. Dulu aku baik dengan kawan lelaki beberapa orang ni. Entahlah, mungkin dalam genetik lelaki memang ada kut yang nak dekat-dekat dengan perempuan cantik, nak main-main, last-last  the girls end up jadi toy je. Dan sebab aku membesar dalam suasana macam tu aku rasa cantik tu satu liabiliti sebab ia menarik individu berlainan jantina. Tak aku nafikan, aku jadi marah dengan kawan-kawan aku sampai terbawak-bawak sampai sekarang. Sedih."

"Betullah jugak, tapi kalau cantik tu dijaga rapi okey je kut. Tambah lagi dengan perasaan malu, memang kaw lah." Qisya memberi komen. 

"Then Qisya, kalau macam tu, kau pakai purdah lah ye, balik sini. Karang bahaya." Tihani mengusik. Uyun gelak. Dhia pun. Alhamdulillah berukir dalam jiwa Uyun. Dhia dah melepaskan separuh beban walaupun belum dapat memaafkan lelaki serta menamatkan prejudis terhadap kecantikan. 

Dan perbualan mereka berlanjutan sampai ke pagi.

------------------------------------------------------------------------------- 

Cuti semester diluang macam biasa. Emir, Firuz dan Dhia memang spesis family individuals. Banyak masa diluang bersama family, books, tv shows, picnics and random discussions.

TV plasma tertayang. CSI-NY menghias pandangan. Tekun tiga beradik tu menonton. Deringan telefon mengganggu perhatian Dhia.

"Hah, sape tu?" Firuz mengusik.
"kak Thaharah lah, ingat sape?" Dhia menjawab.
"Kot-kot la walid nak dapat menantu." Emir buat join venture. 
"Yang nak bagi menantu dekat walid tu bukan along ke?" Dhia mengembalikan paku buah keras.
"Apa along pulak, along tak hensem, dia tu semedang orang puji cantik je. kan firuz?"
"Haah long." Firuz gelak menyakat.
"Kat mana entah yang cantik tu, tak faham lah Dhia dengan Along ngan Firuz ni. By the way, Firuz, kak Thaharah nak datang lusa insya-Allah." Dhia malas melayan. Baginya cantik bukan kata adjektif untuknya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Astaghfirullah hal azim." Jam di dinding menunjukkan pukul tiga pagi. Mimpi pelik. Wajah diraup. Berpeluh.

Dia mimpi dia meninggal. Orang datang rumah baca Yaasin. Dia mimpi rasa macam real.

Ya Allah, seandainya Engkau matikan aku, matikanlah aku dengan iman, dan begitulah jua dengan keluargaku." Amin.

Dia bangun, katil dikemas sedikit. Dia menuju ke bilik air. Wuduk disempurnakan. Solat tahajjud, solat tasbih, solat hajat, solat taubat, solat witir ditunaikan. Kemudian, al-Quran diambil. 

Mati itu dekat tapi bekalan tak cukup.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum." Tetamu itu memberi salam.

"Waalaikumussalam, kak Thaharah." Gembira Dhia menyambut kak Thaharah. Masakan tidak, kak Thaharah banyak membantunya ketika awal menjejakkan kaki ke kolej. Keluarganya turut mengenali kak Thaharah.

"Dhia, dah semakin cantik." Kak Thaharah memuji ikhlas.

"Mana ada cantik, kak Thaharah salah tengok ni." Dhia menjawab sambil menjemput kak Thaharah duduk.

"Malulah tu." Firuz mengusik.

"manaaaa.." 

"Tak apalah kalau Dhia tak rasa Dhia cantik, tapi akak doakan je agar nanti Dhia jadi cantik."

"Kak Thaharah doalah benda yang boleh bawak masuk kubur, kan lagi bagus." Dhia berkata lagi.

"Cantik pun boleh jadi saham Dhia."

"Eh, betulke kak Thaharah?" Firuz bertanya. Kak Thaharah angguk.

"Cuba kak Thaharah jelaskan." Dhia memohon penjelasan.

"Kalau kita cantik dan kita menjaga kecantikan kita dengan baik pun dapat pahala. Dan cantik kita bukan pada wajah semata-mata, cantik pada akhlak, pada jiwa pun perlu. Ingat tak lagi akak pernah cakap dulu, Allah pun sukakan keindahan." Kak Thaharah meringkaskan.

"Tapi cantik itu harmful ." Dhia memprotes.
 
"Harmful bila kita tak jaga dengan elok. Harmful bila kita devalue kita punya kecantikan."

"So macam mana nak appreciate kecantikan kita?" Firus bertanya.

"Tutup aurat elok-elok." Kak Thaharah menjawab.

"So kalau orang yang terlebih cantik macam Dhia ni kena pakai purdah lah kan kak?" Firus menyakat. Gelak pecah.

Diskusi itu berterusan dengan bermacam-macam topik.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Dhia duduk sendirian di pangkin setelah kak Thaharah pulang. Firuz kembali menonton televisyen bersama Emir dan ibu bapa mereka. 

Dhia mengambil masa untuk membuat muhasabah berdasarkan perbincangan dengan kak Thaharah tadi. 
'Betullah kot, cantik tu boleh sahaja jadi harmful tapi at the same time boleh jadi hal yang baik."

Dia menggeleng, mungkin selama ini dia terlalu terikat dengan masa lalu yang telah ditinggalkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"So apa yang korang belajar masa cuti semester lepas?" Tihani membuka bicara.
"Banyak kot." Qisya menjawab.
"Uhh, Qisya belajar dekat spa eh?" Uyun mengusik. Qisya membaling bantal busuk.
"Aku tak belajar banyak macam Qisya tapi worth la cuti untuk contemplate that one thing." Dhia menjawab

"Dhia, it does sound interesting, apa dia?"

"Definisi kecantikan dari kaca mata sendiri." Dia menjawab. Semua terkejut. Dhia yang dulu asyik kata kecantikan ialah liabiliti terbesar bercakap pasal kecantikan dengan rela hatinya? Sangat interesting.
"Menarik, cerita lah." Uyun dah thrill.

"well, kecantikan tu subjektif kalau nak dibicarakan secara betulnya. Kecantikan tu boleh jadi bahaya tapi boleh jadi satu benda yang sangat baik sebenarnya. Indeed, Allah sukakan keindahan dan perhiasan dunia yang paling indah adalah wanita solehah. Kan? Makanya, kecantikan tu bukan didefinisikan oleh kulit licin tak berjerawat sahaja, tapi dalam mau kira. Hubungan dengan Allah mau kira. Baru betul cantik.

Kalau nak kira kecantikan pada wajah semata, kita dah biased, sebab kecantikan tu include seluruh kehidupan kita. Kalau nak cakap dari sudut bahayanya, kita kenalah try tutup aurat dengan sebaik-baiknya. 
After all, aku rasa kecantikan tu adalah benda yang kita nak present dekat Allah bila dah dekat padang Mahsyar nanti. I wish I am the most beautiful at that moment. Hidup dengan cantik, mati pun cantik" Dhia menamatkan pendefinisian panjang lebarnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
and that's the end.
 
I want to present myself in my most beautiful form in front of Allah, I wish."

Kalau anda perempuan, jadilah yang tercantik dan kalau anda lelaki jadilah yang terkacak, bukan untuk manusia, hanya kepada Allah satu-satunya.

Semoga berjaya.

Dedicated to everyone, the beauties especially. :)

The Cure. The Remedy :)

Saje je buat nota lebih sikit, nak kasi makna masa lapang. Rajin-rajin kan diri membaca Al-Quran, Insya-Allah :) banyak penawar segala penyakit ada dalam tu, bahkan bukan itu sahaja, lebih daripada itu. Subhanallah!


"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya." (2:25)

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (39:53)

"Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (5:16)

"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.(2:257)

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar." (33:35)

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (49:13)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (30:21)
 
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (13:28)

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (50:16)

"(Serta dikatakan kepada mereka): Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)." (76:22)

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" (12:87)

"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya." (14:34)

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan," (94:05)

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini." (25:63)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita." (2:62)

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)." (3:135)
 
"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh)." (15:49)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Izinkan saya untuk menambah dua ayat rujukan. Insya-Allah :) merumuskan kesemuanya;


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (10:57)

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (17:82)


Maka, ayuhlah kita rajinkan diri baca quran. Yuk!

***

Tafsir daripada : Quran Explorer (http://quranexplorer.com/Quran/Default.aspx)
Gambar yang saya maksudkan:

Penawar segala penyakit..


♥ Ukhuwah fillah till Jannah ♥

Manisnya ukhuwah fillah...

Ukhuwah fillah till Jannah.. Insya-Allah...



Pernah saya bisikkan dari jauh padanya,

“Hendak berjiran dengan kamu di syurga. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAH izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu ada di dalamnya. Boleh tak?”

Dia menjawab,

“Saya tak layak. Saya bukan seorang hamba yang baik!”

.......

Saya tepuk bahunya dari kejauhan,

“Hei, mari sini. ALLAH masih pinjamkan umur. Masih belum terlambat untuk kamu dan saya berusaha bersama-sama.”

Matanya bergenang,

“Saya sayang kamu ♥ sahabatku!”

Saya senyum padanya dari kejauhan,

“Dan saya lebih menyayangi kamu. Ingat ni~”

Buat semua yang saya sayang kerana Allah ♥ moga syurga Allah milik kita bersama, kita sama2 berusaha untuk masuk syurga ye..
Insya-Allah...uhibbukum fillah ♥