Clashes of the mind - Cantik

(gambar hanya sekadar hiasan)



Cantik melihat, 
cantik dilihat,
tangan melakar gambaran keindahan.
Cantik, hadiah buat yang terindah.

-------------------------------------------------------------

Cermin dihadapan ditatapnya tekun. Mata meneliti pantulan wajah. Sambil tangan dilarikan diatas kulit wajahnya. Tak rata.Jari cepat sahaja mahu mengusir ketidakrataan pada wajah.

"Kau buat apa tu?" Teman yang masuk ke bilik tak dihirau. Temannya memandang pelik lalu menyambung "Eiii, kau janganlah buat macam tu, nanti parut. Kurang cantiklah."
 
Rakannya dipandang, "Gaya macam aku kisah aku cantik ke tak, yang penting tangan aku rasa rata je." Dia menjawab dengan gaya selambanya.

"Nanti tak ada orang nak baru tau." Kawannya mengusik.

 "Tak kisah pun, Uyun." Dia buat muka.

"Lawaklah kau ni dan extraordinary juge.Tapi serius ke tak kisah Dhia?" Uyun membalas dengan gurauan sambil mengambil tempat di atas katil.
 
Dhia berpaling, menghentikan rutin pemeriksaan wajahnya. Kaki diatur ke katil Uyun. Bersila disebelah teman sebiliknya yang seorang tu.

"Kalau kau, kau kisah?" Dhia menghulur kembali pertanyaan. 

"Eiii, dia ni, orang tanya dia, dia tanya balik. Mestilah kisah. Mama aku kata kena kisah juga. Dah tu kau?"
 
"Aku tak kisah, walaupun mak aku suruh jaga. Bagi aku asalkan rata je. Kan dah hobi tangan aku nak merayap kat muka bila bosan. Tak best lah bila rasa tak rata kan?" Jawapan diunjur dengan retorik tak bernada.

"Memanglah tak best tapi bila kutis sekali nanti berparut. Kan dah tak cantik tu." Uyun memuncungkan mulutnya dengan saki baki sebutan "U".

"Aku tak nak cantik lah. Cantik is the biggest liability for me." Perbualan ringkas malam minggu tentang cantik dinoktahkannya tanpa mempedulikan Uyun yang nyata berwajah keliru.

"What do you define cantik then?" Uyun menyoal. Dhia memandang dengan gelengan sambil beredar ke meja belajar. Matanya merayu untuk ditamatkan perbualan tersebut, semakn berkaca. Biarlah kisah lalu hanya menjadi rahsia perit merobek hati.

Uyun faham. Tiada siapa tahu masa lalu Dhia. Yang membuatnya prejudis dengan kecantikan, dalam hati dia memohon pada Tuhan agar suatu hari nanti Dhia akan mampu melepaskan beban masa lalu yang membelenggu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuti akhir tahun telah tiba. Lega sungguh. Sudah lama dia tidak berjumpa keluarga tercinta. Berbual dengan kembar-kembar kesayangannya, Emir dan Firuz.

"Alhamdulillah dah siap packing." Hamdalah bergema dalam bilik yang dihuni empat manusia itu.
 
"Dah siap dah Dhia? Bolehlah kut kita turun makan sekarang." Tihani si teman menyakat sambil mengajak Uyun dan Qisya turun makan.

"Mentang-mentang dia siap awal. Patutnya, tadi semua pergi je tinggal aku sorang." Dia menggumam.

"Eleh, nak merajuk muncung-muncung pulak. Mengada." Spontan Qisya mencubit pipi Dhia.
 
Perjalanan ke kafetaria diselang seli dengan senda gurau mereka. Bahagia mengalir segar melingkari ukhuwwah yang terbina. 

Sesampainya di kafetaria, Uyun dan Dhia menuju ke meja kosong sementara Tihani dan Qisya memesan makanan untuk mereka berempat di kaunter sebagaimana biasa. Kemudian, Tihani dan Qisya menuju ke meja tempat Uyun dan Dhia menanti. Perbualan yang terhenti bersambung semula.

"Hei, tak sangka malam last semester ni pun jumpa korang. Haish, malang sungguh rasa." Jasmin, merangkap musuh utama mereka tanpa sebab tiba-tiba menegur dengan nada mencari pasal. Sakit hati.

Empat pasang mata menjeling garang kearah si pemilik suara. Nafas ditarik, dalam, menenangkan hati yang diladeni amarah.

You better go away, Jasmin." Uyun berkata senada. Amarah dikawal dalam jiwa.

"Uuu, takutnyaaa." Dia berlalu dengan kata-kata menyakitkan jiwa.

Wajah teman berempat kembali tenang dengan nafas dilepas panjang. Apabila scene sebagaimana tadi berlaku, kebiasaannya hanya Uyun yang mampu diharapkan. Kalau tidak, huru-hara.

"Rugi je cantik. Perangai, hodoh." Qisya meluahkan amarah. Sememangnya Jasmin selalu mencari masalah dengan mereka. Entah apa sebabnya, mungkin disebabkan dia cemburu dengan status mereka sebagai orang yang mempunyai ramai teman dan selalu di look up.

Serentak itu juga, makanan yang dipesan sampai. Tangan menadah doa yang dibaca. Mohon berkat dan perlindungan daripada Pencipta alam raya. 

Selesai makan, langkah diatur kembali ke bilik. Sebagaimana semester sebelumnya, mereka meraikan malam terakhir mereka di kolej dengan perbualan panjang. Kata rakan karib, tak berbual panjang memang tak sah.

"Cuti ni nak buat apa eh?" Soalan Qisya lebih kepada monolog. 
"Bukan haritu kata mama kau suruh pergi spa selalu sebab risau anak dia dah gelap pasal main panas kan?" Uyun menolong jawab.
"Takkanlah 24/7 nak pergi spa je. Mau sakit jiwa aku." Qisya mencebik.
"Kan mama kau nak anak dia cantik macam fairytale princess, mama kau kata yang dia nak menantu spesis prince charming kan?." Tihani melepas gelak. 
"Tihani, kau ni cakap perlu ke sampai masuk bab menantu semua tu? Pasal cantik tak perlu berkait dengan benda tu pun, kan Dhia?" Qisya bertanya Dhia yang sekadar menjadi pemerhati dari tadi. Uyun teringat pada perbualannya dengan Dhia suatu masa lalu. 
Dhia hanya mengangguk senyap mengiyakan. Bilamana berdiskusi perihal ini. Hati terobek sendiri. Bahtera dendam yang ingin dikaramkan timbul kembali.
"Dhia, kau okay ke tak ni? Kena food poisoning ke? Ke kau makan banyak sangat tadi?" Tihani bertanya. Perasan temannya agak janggal malam itu.
"Mana ada, pasal cantik ni aku rasa pelik sikitlah untuk dibincangkan sebab cantik itu liabiliti, kau tahu?"
Hanya Uyun yang maintain muka biasa apabila kata-kata tersebut meluncur dari bibir Dhia.

Uyun yakin, Dhia telah bersedia untuk berkongsi pengalaman yang membuatnya prejudis terhadap kata adjektif yang satu itu. Mata Dhia tidak berkaca seperti dahulu, sebaliknya tenang.

"Cantik. Aku rasa cantik tu harmful. Dulu aku baik dengan kawan lelaki beberapa orang ni. Entahlah, mungkin dalam genetik lelaki memang ada kut yang nak dekat-dekat dengan perempuan cantik, nak main-main, last-last  the girls end up jadi toy je. Dan sebab aku membesar dalam suasana macam tu aku rasa cantik tu satu liabiliti sebab ia menarik individu berlainan jantina. Tak aku nafikan, aku jadi marah dengan kawan-kawan aku sampai terbawak-bawak sampai sekarang. Sedih."

"Betullah jugak, tapi kalau cantik tu dijaga rapi okey je kut. Tambah lagi dengan perasaan malu, memang kaw lah." Qisya memberi komen. 

"Then Qisya, kalau macam tu, kau pakai purdah lah ye, balik sini. Karang bahaya." Tihani mengusik. Uyun gelak. Dhia pun. Alhamdulillah berukir dalam jiwa Uyun. Dhia dah melepaskan separuh beban walaupun belum dapat memaafkan lelaki serta menamatkan prejudis terhadap kecantikan. 

Dan perbualan mereka berlanjutan sampai ke pagi.

------------------------------------------------------------------------------- 

Cuti semester diluang macam biasa. Emir, Firuz dan Dhia memang spesis family individuals. Banyak masa diluang bersama family, books, tv shows, picnics and random discussions.

TV plasma tertayang. CSI-NY menghias pandangan. Tekun tiga beradik tu menonton. Deringan telefon mengganggu perhatian Dhia.

"Hah, sape tu?" Firuz mengusik.
"kak Thaharah lah, ingat sape?" Dhia menjawab.
"Kot-kot la walid nak dapat menantu." Emir buat join venture. 
"Yang nak bagi menantu dekat walid tu bukan along ke?" Dhia mengembalikan paku buah keras.
"Apa along pulak, along tak hensem, dia tu semedang orang puji cantik je. kan firuz?"
"Haah long." Firuz gelak menyakat.
"Kat mana entah yang cantik tu, tak faham lah Dhia dengan Along ngan Firuz ni. By the way, Firuz, kak Thaharah nak datang lusa insya-Allah." Dhia malas melayan. Baginya cantik bukan kata adjektif untuknya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Astaghfirullah hal azim." Jam di dinding menunjukkan pukul tiga pagi. Mimpi pelik. Wajah diraup. Berpeluh.

Dia mimpi dia meninggal. Orang datang rumah baca Yaasin. Dia mimpi rasa macam real.

Ya Allah, seandainya Engkau matikan aku, matikanlah aku dengan iman, dan begitulah jua dengan keluargaku." Amin.

Dia bangun, katil dikemas sedikit. Dia menuju ke bilik air. Wuduk disempurnakan. Solat tahajjud, solat tasbih, solat hajat, solat taubat, solat witir ditunaikan. Kemudian, al-Quran diambil. 

Mati itu dekat tapi bekalan tak cukup.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum." Tetamu itu memberi salam.

"Waalaikumussalam, kak Thaharah." Gembira Dhia menyambut kak Thaharah. Masakan tidak, kak Thaharah banyak membantunya ketika awal menjejakkan kaki ke kolej. Keluarganya turut mengenali kak Thaharah.

"Dhia, dah semakin cantik." Kak Thaharah memuji ikhlas.

"Mana ada cantik, kak Thaharah salah tengok ni." Dhia menjawab sambil menjemput kak Thaharah duduk.

"Malulah tu." Firuz mengusik.

"manaaaa.." 

"Tak apalah kalau Dhia tak rasa Dhia cantik, tapi akak doakan je agar nanti Dhia jadi cantik."

"Kak Thaharah doalah benda yang boleh bawak masuk kubur, kan lagi bagus." Dhia berkata lagi.

"Cantik pun boleh jadi saham Dhia."

"Eh, betulke kak Thaharah?" Firuz bertanya. Kak Thaharah angguk.

"Cuba kak Thaharah jelaskan." Dhia memohon penjelasan.

"Kalau kita cantik dan kita menjaga kecantikan kita dengan baik pun dapat pahala. Dan cantik kita bukan pada wajah semata-mata, cantik pada akhlak, pada jiwa pun perlu. Ingat tak lagi akak pernah cakap dulu, Allah pun sukakan keindahan." Kak Thaharah meringkaskan.

"Tapi cantik itu harmful ." Dhia memprotes.
 
"Harmful bila kita tak jaga dengan elok. Harmful bila kita devalue kita punya kecantikan."

"So macam mana nak appreciate kecantikan kita?" Firus bertanya.

"Tutup aurat elok-elok." Kak Thaharah menjawab.

"So kalau orang yang terlebih cantik macam Dhia ni kena pakai purdah lah kan kak?" Firus menyakat. Gelak pecah.

Diskusi itu berterusan dengan bermacam-macam topik.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Dhia duduk sendirian di pangkin setelah kak Thaharah pulang. Firuz kembali menonton televisyen bersama Emir dan ibu bapa mereka. 

Dhia mengambil masa untuk membuat muhasabah berdasarkan perbincangan dengan kak Thaharah tadi. 
'Betullah kot, cantik tu boleh sahaja jadi harmful tapi at the same time boleh jadi hal yang baik."

Dia menggeleng, mungkin selama ini dia terlalu terikat dengan masa lalu yang telah ditinggalkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"So apa yang korang belajar masa cuti semester lepas?" Tihani membuka bicara.
"Banyak kot." Qisya menjawab.
"Uhh, Qisya belajar dekat spa eh?" Uyun mengusik. Qisya membaling bantal busuk.
"Aku tak belajar banyak macam Qisya tapi worth la cuti untuk contemplate that one thing." Dhia menjawab

"Dhia, it does sound interesting, apa dia?"

"Definisi kecantikan dari kaca mata sendiri." Dia menjawab. Semua terkejut. Dhia yang dulu asyik kata kecantikan ialah liabiliti terbesar bercakap pasal kecantikan dengan rela hatinya? Sangat interesting.
"Menarik, cerita lah." Uyun dah thrill.

"well, kecantikan tu subjektif kalau nak dibicarakan secara betulnya. Kecantikan tu boleh jadi bahaya tapi boleh jadi satu benda yang sangat baik sebenarnya. Indeed, Allah sukakan keindahan dan perhiasan dunia yang paling indah adalah wanita solehah. Kan? Makanya, kecantikan tu bukan didefinisikan oleh kulit licin tak berjerawat sahaja, tapi dalam mau kira. Hubungan dengan Allah mau kira. Baru betul cantik.

Kalau nak kira kecantikan pada wajah semata, kita dah biased, sebab kecantikan tu include seluruh kehidupan kita. Kalau nak cakap dari sudut bahayanya, kita kenalah try tutup aurat dengan sebaik-baiknya. 
After all, aku rasa kecantikan tu adalah benda yang kita nak present dekat Allah bila dah dekat padang Mahsyar nanti. I wish I am the most beautiful at that moment. Hidup dengan cantik, mati pun cantik" Dhia menamatkan pendefinisian panjang lebarnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
and that's the end.
 
I want to present myself in my most beautiful form in front of Allah, I wish."

Kalau anda perempuan, jadilah yang tercantik dan kalau anda lelaki jadilah yang terkacak, bukan untuk manusia, hanya kepada Allah satu-satunya.

Semoga berjaya.

Dedicated to everyone, the beauties especially. :)

No comments:

Post a Comment