Inspired people

Sudah lama rasanya tidak ber'blog'ging dek kerana sibuk dgn kerja. Dah berhabuk kali agaknya blog ini huhu ^^. Okay, so here's the topic for tonight that I want to share with all of you.

Alhamdulillah, hari ini juga satu hari yang menarik. Allah telah temukan saya dengan pemuda-pemuda yang menginspirasikan. Masya-Allah. Kerdil sungguh rasanya.

Pertama, seorang pemuda yang suka membaca, mungkin tak ramai, namun yang lebih menginspirasikan saya adalah bahan bacaannya itu. Sungguh buku yang dibacanya benar-benar mampu menghantar hamba Allah ke ruang muhasabah. Buku itu bercerita perihal syurga. 

Sejujurnya kita, sebagai seorang hamba adakah kita merindu Rasulullah? Lantas rindu pada Rasulullah bukankah akan menjadikan kita rindukan syurga? Dan beliau, membaca buku tentang syurga untuk menambah rindu kepadanya. Sungguh rasa kerdil diri ini.

Kedua, seorang pemuda perindu syahid. Kagum pada beliau yang begitu merindu syahid dan bersedia menjadi mujahid. Lebih kerdil rasanya diri ini, sesungguhnya, kita ini, sejauh mana merindu syahid? Sejauh mana telah berusaha menjadi mujahid?

Ketiga, intipati perbualan ringkas dengan seorang uncle not-yet-muslim. Itu insyaAllah, ada masa, saya tuliskan semula.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Annur rasa kerdil, Annur kena rajin.
Walau hari ini agak memenatkan dan mengantuk, tapi saya harap saya lebih kuat. 

Semoga Allah membantu pemuda-pemuda yang saya temui di atas untuk menjadi pemuda syurga dan kita juga pun sebagai penghuni syurga. Semoga Allah terus memberi hidayah kepada kita dan kepada uncle yang telah saya temui.


1 comment:

  1. As claimed by Stanford Medical, It's really the SINGLE reason women in this country live 10 years more and weigh an average of 19 KG less than we do.

    (And really, it has totally NOTHING to do with genetics or some hard exercise and EVERYTHING related to "HOW" they are eating.)

    BTW, I said "HOW", and not "what"...

    CLICK this link to discover if this quick quiz can help you release your real weight loss potential

    ReplyDelete