Resepi Kek Batik Homemade

Assalamualaikum. Sekian lama telah menyepi, akhirnya diri ini kembali untuk menulis semula hehe :p Alhamdulillah, hope everything goes well. Today, nak share resipi kek batik dgn korang. Kek batik ni lah paling senang nak buat tau. Resipi ni ambil dlm surat khabar xsilap, lama dah beberapa tahun yg lalu. Salin resepi ni and try buat kek batik kat rumah. Alhamdulillah, seperti yg dikatakan, mmg sedapp ya Allah! Okay, ini resepi dia. Harap dapat membantu korg yg tgh cari resepi kek batik yg sedap2 tu, pd sesiapa yg kek dia yg kurang menjadi...cuba try yg resepi yg ni pula. Mana tahu kot2 menjadi dari sebelum ni ke. Insya-Allah dijamin sedap seperti yg diinginkan..hehe. So, here we go!


Bahan-bahan:

1 cawan mentega (sy guna brand buttercup) 
1 cawan milo (nak lebih pekat, boleh letak 1 sudu lagi)
1 cawan serbuk koko (beli kat supermarket, no brand, sbb dh sedia pack)
1/2 cawan gula 
2 biji telur
1 cawan air
1 paket biskut Marie (sy guna brand Tiger, nanti jd kuat hehe)

Cara-caranya:

1) Pukul telur dan mentega sehingga kembang. Sy guna mesin whisk utk mendapatkan teksturnya yg sekata. 

2) Sementara menunggu mentega kembang, masak milo + serbuk koko + gula  + air sehingga gula hancur.

3) Kemudian, campurkan mentega yang sudah dipukul tadi ke dalam milo + serbuk koko yg telah dikacau dan biarkan masak seketika sampai menggelegak sikit.

4) Patahkan biskut marie kepada 2 @ 4 bahagian dan masukkan ke dalam kuali. Padamkan api dapur dan kacau sebati. 

5) Masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega. Tekan dan padatkan belakang sudu ke atas permukaan kek batik. Biarkan sejuk sekejap at least 4 jam. Semalaman nk sejukkan pun tak apa. Sedia untuk dihidangkan. 


Selamat mencuba! 

Note: *boleh letak serpihan kacang @ bars dan sebagainya sbg hiasan atas permukaan kek batik. Tak letak pun takpa. Sy lebih suka kekalkan kek batik yg original punya tanpa hiasan apa2 hehe. 




8 comments:

  1. Bestnya... dah lama tak makan kek batik.. Kalau beli kat kedai mesti mahal.. InsyaAllah nnt try buat (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kan..nak2 skrg dh lancar GST, btambah naik harga kek batik tu... Nnti try lah buat klau ad masa ok :)

      Delete
  2. Replies
    1. nampak je mcm biskut, but in fact mmg kek sis. Title pn dh nama "kek" ..hehe ^^

      Delete
  3. sedapnya. saya tak reti buat, makan reti hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap..^^ cubalah try buat skali awak, konpem lepas ni pst nk buat lagi ehehe ..

      Delete
  4. seriuss saya ni penggemar tegar kek batik haha
    tapi malangnya bila buat sendiri keras gila bakhangg..haha
    sedehh pulak mengenangkan kek batik tak menjadi tu --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 mmg gitu. Biasalah tu ^^ takpa2. Cuba try resipi ni pulak ye..alhamdulillah xkeras mana. Cuma keras bila first keluarkannya bila disejukkan, lama2 jd lembut. Sedap :) hehe.

      Delete