Fasal cinta yang lebih utama


♥♥

Assalamualaikum w.b.t., 

Benar, cinta boleh menjadi perkara yang penting dalam hidup insani. Namun begitu, adakah cinta yang kita taburkan itu mengikut lunas-lunas yang haq?

Teliti kalamullah di bawah:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya." (Surah Ali' Imran 3: 14-15)

Lihat, dunia memang dijadikan indah buat insan, namun, masih ada keindahan yang lebih baik buat kita iaitu syurga yang telah Allah janjikan.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (Surah At-Taubah 9: 24)

Manakala, ayat yang kedua ini pula menerangkan balasan Allah (azab seksa) yang dijanjikan akibat kecintaan duniawi itu melebihi kecintaan kepada Allah. 

Maka, fikir-fikirkanlah....

Kita mempunyai pilihan untuk mencintai mana-mana yang kita suka, namun, Allah telah menerangkan dengan jelas dalam firman-firman-Nya tentang cinta yang lebih baik, yang lebih patut kita utamakan. Maka, buatlah pilihan yang terbaik, agar kesejahteraan ukhrawi itu menjadi milik kita semua. Insya-Allah :)

Gadaikan dunia untuk kebaikan berganda di akhirat. :) Teruskan berusaha untuk menjadi ummat cemerlang.

8 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah..sama2, moga ia memberi manfaat :) Insya-Allah.

      Delete
  2. subhanallah pkongsian yang menarik..
    banyak memberi memfaat :)

    ReplyDelete
  3. nice..
    singgah...follow

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Semoga kita diberikan iman dan dikekalkan dalam keimanan. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete