Sahabat sehingga Syurga

Ukhuwwah fillah ♥

Saling menguatkan even in difficult times

Biji-biji tasbih dipegang kejap di tangan kanan. Mata dihala ke hadapan, sekejap-sekejap menjeling ke jam tangan. 
Tasbih, tahmid, tahlil dan takbir menghiasi bibir sementara menanti sahabat yang seorang tu bersiap. 

Ruang kosong bergema dengan kalimah tersebut. Terasa kerdil dirinya.
"Barang-barang semua dah ada?" Sahabat yang seorang itu bertanya tiba-tiba. 
"Quran tafsir. Checked. Terjemahan. Checked. Khemah. Checked. Tikar. Checked. Bekalan. Checked."
"Good ." Sengih terpampang di wajah sahabat.
"Apa yang good nya? Kau lambat aku dah siapkan semua. Kurang-kurang dapat pahala extra." Double jerk dipersembahkan sambil bergerak ke muka pintu.
"Sungguhlah kau, tak aci."

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua orang dah ada. Khemah dah siap. Tikar dibentang atas rumput hijau. Semua mengambil tempat masing-masing. Lutut bertemu lutut. Al-Quran dibuka. Tadarus bermula. Kalamullah bergema. Tajwid diperbetul penuh adab. 

"Alhamdulillah, dah sudah." Redza menyapu wajah dengan telapak tangan kiri. 
"Aik, kau tak nak tadabbur ke?" Farouq pelik.
"Uih, mana boleh. Tak lengkaplah."  manjawab pula. Fauzan memerhati wajah Redza yang tersenyum.
"Kau dah hafal ayat yang nak ditadabbur lah tu kan?" Retorik bunyi soalan Fauzan.
Senyum menjadi sengih. Redza angguk. Hamdalah meniti bibir. Sahabat-sahabat lain pun sama mengulang hamdalah dengan azam dalam diri. 

"Semalam tejumpa ayat best, Alhamdulillah. Sesuailah dengan apa yang dah jadi haritu. Insya-Allah, hari ni, Fussilat, 33-36."

Semua membelek al-Quran terjemahan masing-masing melihat terjemahan ayat sambil mendengar apa yang dikata Redza. 

"Kalau tengok balik ayat ni dengan apa yang dah jadi haritu. Memang agak kontra apa yang kita patut buat dengan apa yang kita dah buat. Tapi manusia memang tak perfect  maka salah kita tu memang biasa. Tapi kebiasaan kita tu, jom kita jadikan keluarbiasaan. Malam ni Insya-Allah kita solat taubat lepas tarawih. Insya-Allah. Dan bila dah balik nanti kita betulkan apa yang perlu. Tu je lah aku rasa. Alhamdulillah." Redza menamatkan pengisiannya.

"Solat taubat tu, Insya-Allah. Tapi part minta maaf tu, rasanya dia yang lagi perlu minta maaf dekat kita je." Hafiz meluahkan keberatan.

"Aku pun rasa camtu." Farouq menyokong.

"Tapi aku rasa cadangan Redza tu betul jugak. Walaupun dia salah pasal dia mencabul hak kita, tapi kita punya response tu bukan the best response yang kita patut bagi. So, macam mana Redza?"Fauzan memberi pendapat. Hafiz dan Farouq mengangguk mengiyakan.

"Betullah tu apa yang kau cakap Ahmad. Macam ni lah, dia buat salah. Kita marah dia. Kita condemn dia. Kita perli dia. Kita buat ayat-ayat sarkastik kita tu nak sindir dia. Walaupun aku sendiri buat benda tu, aku pun rasa jugak yang benda tu bukan penyelesaian yang terbaik. Aku rasa memang kita patut draw the line. Bagi dia kita punya had. Outline dengan penegasan yang kita tak suka benda tu. Tapi bukan dengan ayat bernada marah. Cukup dengan aura serius."

"Hmm, betul jugak. Insya-Allah, try. Indeed aku rasa okay dah dengan penjelasan kau tu." Hafiz menjawab
"Betul, lagipun, kita bukan nak bergaduh ke apa ke. Cuma kita rasa geram jugaklah sekali kena macam tu. Dan bila kau bagi cadangan tu, I can see the holes in our modus operandi." Farouq memberikan pandangan.
"Bagus kau Farouq. Cepat pandai. Siap keluar bahasa Law lagi tu." Fauzan mengusik.
"Saja je eh kau." Farouq menepuk belakang Fauzan. 

"Dah-dah lah tu, lagi setengah jam nak berbuka ni. Jom siap-siap" Hafiz menegur sambil tersenyum melihat kemesraan yang terjalin.
"Tengok, exco disiplin dah bising." Redza sengih.
"Aiyo, kau. Exco disiplin ye aku ni?" Hafiz bertanya dengan sengih.
Farouq dan Fauzan dah pecah ketawa.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Azan maghrib berkumandang. Doa dibaca mohon redha dan rahmat Allah. Kurma dan air menjadi pembuka selera. Selepas maghrib barulah juadah utama dihidang penuh sederhana atas tikar. Juadah berbuka memang "mewah" hari itu. Semua pandai memasak. Memang satu anugerah hebat. Alhamdulillah. 

Lepas makan, Al-quran ditatap lagi dengan penuh kasih sayang. Kemudian, Isyak, terawih, solat taubat dan witir berjemaah. Setelah itu mereka berkongsi cerita. Mereka belajar di institusi lain-lain. Ada yang terbang entah ke mana, ada yang masih berada di tanah air tercinta. Macam-macam pengalaman sepanjang kehidupan. Maka semua ibarat penglipur lara mempersembahkan cerita tentang kisah kehidupan tersendiri. Macam-macam ibrah dapat. 
 
Sebelum tidur, mereka berbaring atas tikar berkongsi cerita. Slot bedtime story yang tidak dirancang. Tapi memanglah, bila dah jumpa dengan sahabat-sahabat macam ni, memang kalau boleh 24/7 nak bersama-sama.

Dalam slot itu jugalah rahsia Redza terbongkar. Redza memang tak lama lagi dah nak menamatkan zaman bujang. Semua sedih pasal memang susahlah mereka nak sama-sama bila mana ada antara mereka yang nak membina rumah bertangga. Tapi semua orang mendoakan yang terbaik untuk sahabat tercinta. Redza pujuk dengan surah Hujurat ayat 10.

"Saudara seakidah. Insya-Allah bersaudara sampai syurga. Insya-Allah." Redza menghabiskan ayat.
"Redza, kau suka buat orang lain terharu. Nasib mata kental, tak keluar air mata." Hafiz menjawab
"Kau ni, tak payahlah nak nangis pasal aku. Nangis taubat tak pe jugak." Redza menjawab balik.
"Snap." Fauzan dan Farouq sama berkata dengan sendu di hujung kata-kata
"Apalah korang ni. Tak payah terharu sangat. Kan brothers sampai syurga" Redza menggeleng perlahan
"Insya-Allah" Ketiga-tiga sahabat menyahut.
"Melangkau batasan kehidupan. Mati pun tak kisah." Redza menyambung.
"Muluttt!" Ketiga-tiga kawannya geram. 

Malam itu, mereka tertidur beratapkan langit tanpa sedar. Bersama-sama dalam kemanisan ukhuwah fillah.

Keesokan pagi, mereka bangun awal, qiamullail, sahur dan subuh. Setelah subuh, dakapan perpisahan diunjukkan. Doa dibaca moga persahabatan terus kekal abadi ke syurga.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa hari berlalu setelah impromptu gathering mereka, tenang dan damai sebuah ukhuwwah masih segar terasa. Dia berteleku sendiri di atas sofa setelah selesai tilawah al-Quran dua juzu'. Fikirannya kembali mengingat perbualan bedtime story bersama-sama sahabat-sahabat tercinta sambil bayu subuh dari arah sawah hijau lembut membelai sementara azan subuh belum berkumandang.

Nada dering telefon membawa sedar menjenguk minda. Nombor Redza terpampang pada skrin. Panggilan segera diangkat. Suara Rifqi, adik redza menusuk telinga. 

"Abang Fauzan, abang Redza dah tak ada." 

Dia terkedu. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Entah apa lagi Rifqi sampaikan, telinganya bagaikan tidak mampu mendengar.
Teringat pada gathering mereka. Teringat pada bedtime story. Teringat ada gurauan Redza. Panggilan ditamatkan. Dia terus bergegas ke rumah sahabat tercinta.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Redza meninggal dalam sujud pagi Ramadhan. Wajah jasah Redza tenang. Fauzan, Farouq dan Hafiz bersama-sama menghadirkan diri ke rumah arwah Redza untuk bersama keluarga terdekat Redza dalam menghadapi kehilangan permata ummah. 

Duka memang tak tertahan, tangis tak mampu dibendung. Dalam redha ada sedih, dalam sedih ada rindu walaupun arwah baru sahaja meninggalkan mereka untuk menjadi pewaris perjuangannya. 

Dalam dada mereka semua, kata-kata berbisik,
"Insya-Allah, kita bersahabat sampai ke syurga."

 "Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." ( Fussilat ayat 33-6)

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (al-Hujurat ayat 10)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ternukil di hujung jari, terasa sampai ke puncak hati;
Buat semua sahabat.

regards,
Annur Irah.
 
Inspirasi; sebuah kehilangan dan kerinduan yang menghantui jiwa.

p/s: Sahabat sampai ke syurga? Insya-Allah, dengan izin-Nya, semoga ditautkan hati-hati kita :)

5 comments:

  1. Jalan cerita yang menarik... Pandai tulis cerpen yea?... Tp knp mesti ending dgn kematian?... Sedih plak baca sambil diiringi instrument yg syahdu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..syukran ye..=) takdalah pandai sgt tulis cerpen ni, sikit2 je.. Itulah sebuah hakikat kehidupan seorang hamba... surah Ali' Imran, ayat 185 :)

      Delete
  2. assalamualaikum :)
    slm Ziarah kak..
    maaf blm smpt follow..
    sbb on pkai fon jea.. insyaAllah nt sy jenguk sni lg.. bestt byk ilmu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..:) sila2 masuk rumah, kedatanganmu amat dihargai hehe.. ni yg mencari sinar zahratul jannah ye? =) takpe2, nk follow bila2 pun boleh.. sudi2 lah ziarah blog ni ye, Insya-Allah sy akan sentiasa update.. :)

      Delete